Click One Of This

Tazkirah Aiman Al-Banna

Pernah nampak lelaki kacak?
Pernah nampak perempuan lawa?

Saya pernah dan saya yakin anda juga
pernah.

Lelaki kacak saya nampak setiap hari dalam
cermin [uhukk] dan perempuan lawa ada
dimana-mana.

Bila lihat yang berlainan jantina + set-set
lawa, seriuslah saya kata kat kamu, hati
bergetar.

Hati kecil update status.
1. Wah handsome/cantiknya awak!
2. Apakah dia tercipta untukku?
3. Pandang sekali, pasti nak lagi.
4. Kalau dapat nombor atau fb atau twitter,
itu rezeki besar!
5. dll

Saya tahu, saya sendiri alami perkara itu.
The best part bila dia pandang kita semula.

Rancaknya hati kecil kita itu terus update
status banyak-banyak bila dia balas
pandangan.
Tidak cukup dengan itu sahaja.
Siap tweet dan insta-insta lagi.
1. Amboih. Cintaku dibalas.
2. Anak-anakku akan comel dan lawa
3. Baju kahwin nanti kaler apa ya?
4. Kad kahwin nak suruh Aiman Al-Banna
designkan la.
5. dll

Amek kau. Teruknya kan? Elleh... saya, kamu
dan kita mostly semuanya begitu.

Sebenarnya tidak elok sebegitu, khuatir banget
untuk kita zina hati.
Jadi, bagaimana untuk hadapi situasi-situasi sedemikian!?

2 tips mudah.

1. Tunduk Pandangan.
2. Suu Dzon.

#1 Tunduk pandangan.

Analogi mudah:
Masa kita puasa, kita terhidang dengan rezeki
makanan yang enak di depan mata, takkanlah
nak mendekatkan diri dan menghidu-hidu.
Konfemm akan makan juga tanpa disedari
akal waras. Itulah berlaku apabila nafsu
menguasai.

SO, langkah berjaga-jaga untuk tidak pecah
puasa, kita lari daripada zon jajahan bau
makanan itu ataupun tutup hidung dan mata
serentak sehinggalah azan maghrib.
Begitu juga apabila ada makhluk manusia
lawa tampan di depan mata. Tundukkanlah
pandangan ataupun lari jauh-jauh!

Takut nanti kita terpecah iman, khuatir terjadi
perkara seperi Couple, Zina

[na'uzubillah]

#2 Suu Dzon
Suu Dzon, ejaan saya itu tak macam kearaban
pung tapi maksudnya sangka buruk.

Bukankah kita diajar untuk sentiasa sangka
baik!? Apakah saya mengajar ajarang sesat!?

Arghh...
Sebenarnya, sangka buruk perlu juga
terutamanya dalam situasi ini.

Bila kita jalan naik atas pentas, mesti kita
perasan ada orang dok ushar kita.
Bila ada orang balas pandangan kita, mesti
kita perasan dia suka kita.

Jangan perasanlah. Tetapi kalau betul pung,
di sinilah gunanya sangkaan buruk kita.

"Elleh, bukan aku sorang je dia ushar, mesti
ramai lagi lelaki lain. Aku ni second hand je,
entah-entah hundreth hand"

"Elleh dia tak pandang aku pun, dia pandang
seluar jeans yang aku pinjam daripada jiran
sebelah. Dah laa bundle je. Kahkah"

Maka, sangkaan buruk kita itu menjaga hati
kita daripada SYOK SENDIRI ataupun layan
zina hati.

Faham dok?

[Peringatan]
Sangka buruk itu biarlah dalam hati, jangan
nak update status, tweet bagai. Nanti jadi
fitnah kepada diri! -..-

Konklusinya:

Jaga mata, jangan suka mengusha.
Jaga hati, jangan jadikan anak tiri [sinetron]

Jagalah hak Allah, Allah akan jaga kamu!

(UPSR bocor namun saya yakin kalian pandai
bersangka baik & buruk[kaitan?])

Fa'tabiruu!
[Ambillah iktibar]


terima kasih kerana sudi baca :) datang lagi !

0 orang sedang memujiku:

Catat Ulasan

 
Tempelate Designed by Lettha|Copyright-2011|Protected