Click One Of This

Kisah Seorang Juruterbang ♥

Assalamualaikum nd haii …

Husairy (bukan nama sebenar) dilahirkan
dalam keluarga berada. Ayahnya berjawatan
tinggi dalam kerajaan. Ibunya seorang
doktor. Sejak kecil, Husairy adalah anak
yang taat kepada ayahnya. Alhamdulillah,
ayah dan ibunya membekalkan dengan
amalan agama yang cukup baik sedari kecil.
Akhirnya, Husairy membesar menjadi remaja
yang ada ilmu agama. Bonus, beliau sedari
remaja Allah kurniakan paras rupa yang
menyerlah ketampanannya dan juga IQ yang
bijak.
Suatu hari ketika di sekolah menengah,
beliau mengikut ayahnya ke luar negeri
untuk urusan. Kali pertama naik kapal
terbang. Ayahnya boleh saja membawa
keluarganya naik kapal terbang sejak kecil
lagi, tetapi ayahnya sengaja tidak mahu
keluarganya merasa terlalu selesa dalam
hidup. Tiada istilah, "minta sahaja apa yang
diingini, pasti dapat." Biarlah sesuatu itu
bermula dari bawah.
Ketika di langit biru, ayahnya berkata
kepadanya, "Lihat ke bawah. Rumah dan
bangunan macam mainan je. Manusia
macam semut-semut. Allah itu Maha Besar.
Bila-bila masa sahaja, kita semua ni boleh
dihapuskan jika Dia mahu dengan mudah
sekali. Gah sebesar mana pun rumah
seseorang itu, tiada nilainya di sisi Allah."
Anaknya terdiam. Angguk setuju.
"Suatu hari nanti, ayah nak kamu yang
pandu flight. Bukan untuk kamu merasa
tinggi hebat di langit, tetapi supaya kamu
sentiasa merasa kerdil. Sentiasa merasakan
nyawa berada dalam genggaman Allah.
Terbang di awan adalah risiko nyawa. Kamu
bawa berpuluh atau beratus nyawa. Kerana
itulah pergantungan sepenuhnya hanya
pada Allah." Sekali lagi anaknya
mengangguk perlahan. Cuba memahami
kata-kata ayahnya.
Dipendekkan cerita, akhirnya Husairy
menanam azam untuk menjadi seorang
juruterbang. Dia betul-betul struggle study.
Masuk akademi penerbangan, itupun setelah
melalui saringan ketat. Tidak ramai yang
terpilih dengan biasiswa penuh. Husairy
akhirnya berjaya menjadi juruterbang
sebenar. Bukan senang nak jadi pilot. Nak
dapatkan lesen juruterbang melalui tempoh
yang cukup sukar dan memeritkan.
Beberapa tahap temuduga perlu dilalui,
biasanya tiga tahap; psycomotor test,
attitude dan oral test. Lesen penerbangan
pun ada 3 kategori; PPL/IR (bawa tanpa
penumpang), CPL/IR (lesen standard utk
commercial flight), ATPL/IR (kargo).
Soalan akhir yang ditanya penemuduga
sebelum beliau berjaya dipilih,
"Apa harapan kamu bila menjadi
juruterbang?"
Husairy jawab dengan yakin, "Secara
personal, saya ingin bawa ayah dan ibu
saya ke rumah Allah di Mekah dalam kapal
terbang yang dipandu oleh anak mereka
sendiri. Pasti istimewa dan berbeza
rasanya."
Sebelum jadi juruterbang, kena ambil
pengalaman sebagai flight attendance dulu
untuk beberapa tempoh. Seterusnya baru
ambil alih mandat sebagai pilot. Banyak
syaratnya untuk jadi pilot. Perlu minat yang
mendalam, penguasaan Bahasa Inggeris
yang lancar, cemerlang prinsip Matematik
dan Sains, tidak rabun 6/6 mata sihat,
tinggi perlu 160cm dan ke atas. Yang
penting, berani berhadapan dengan risiko.
Mahir mengendalikan pesawat penumpang
atau kargo sama ada penerbangan domestik
dan antarabangsa beribu kaki di langit biru
dengan kelajuan sehingga 1000 km/j
merupakan suatu bonus.
Tahun pertama sebagai pilot, benar-benar
menguji kekuatan iman. Husairy yang tinggi
lampai dan segak mulai mendapat perhatian
pramugari-pramugari.
Husairy tidak berminat dengan pramugari.
Memang majoritinya cantik-cantik. Namun,
apa nilainya cantik jika tidak mampu
mengikut etika Tuhan wajibkan, pada aurat.
Pakai elok bila penerbangan ke Mekah untuk
jemaah haji sahaja. Namun, Husairy faham
bukan semua pramugari berpakaian
mencolok mata kerana mereka suka. Ada
yang berpakaian lengkap tutup aurat, tapi
sampai tempat kerja terus tukar jadi seksi
sebab polisi syarikat, kemudian habis tugas
bertukar balik. Ada juga yang memang
sedari kecil mengidam nak jadi pramugari
yang menjadi perhatian ramai, pekerjaan
impian wanita. Tidak kurang yang
melakukannya demi gaji yang lumayan.
Apapun alasannya, Husairy mendoakan
supaya suatu hari polisi syarikat lebih
Islamik dan pramugari2 akhirnya patuh
syariah.
Banyak kali terjadi, bila Husairy membuat
penerbangan antarabangsa dan perlu
bermalam di hotel luar negara, ada sahaja
pramugari yang mengetuk pintu bilik
hotelnya di malam hari. Pening kepalalah,
tak sihatlah. Husairy yang masih muda
kadang-kadang gerun juga dengan godaan-
godaan sebegini. Gadis cantik, seksi. Ramai
terpikat pada Husairy bukan sahaja kerana
wajahnya, tetapi kerana sikapnya, malahan
posisinya sebagai pilot dengan upah yang
lumayan, siapa tak tertarik hati dengan
pakej lengkap.
Anak-anak kapalnya sendiri terpesona bila
Husairy sering memulakan ucapan sebelum
dan semasa kapal terbang berlepas dengan
mengingati Allah;
"Bismillah..ready to take off." "Insya-Allah
kita akan terbang dengan selamat. Insya-
Allah, Allah lindungi." "Insya-Allah...insya-
Allah"..."Alhamdulillah cuaca dilaporkan
baik. Kita berada 2 ribu kaki..".."Subha
nallah..cuaca yang kurang baik, banyakkan
berdoa dan pakai tali pinggang
keselamatan.."
Bermacam-macam drama dan lakonan
wanita dipersembahkan kepada Husairy
dalam usaha untuk mendapatkannya. Tidak
kurang yang menghubungi ibunya untuk
mengambil hati dan berikan hadiah. Yang
menyedihkan Husairy, rakan2 pilot
segelintirnya skandal dengan pramugari-
pramugari. Ada juga yang tewas bila
terbang ke negara orang.
Husairy berdoa moga beliau mampu
bertahan hingga sampai jodohnya.
Suatu hari waktu shiftnya tamat, Husairy
terdengar perbualan rakan-rakan pramugari
tentang temuduga kerja sebagai pramugari.
Mereka bercakap tentang seorang gadis
yang tidak diterima kerana bertudung. Tapi,
gadis tu lawan habis-habisan, katanya
mampu buktikan jadi pramugari dengan baik
walaupun bertudung. Akhirnya, direjek juga
syarikat. Tidak menepati garis yang
ditetapkan walaupun akademiknya bagus.
Husairy simpati dalam hati. Dia menarik
bagasi kecilnya ke ruang terminal. Tiba di
ruang terminal, dilihatnya seorang gadis
sedang menangis sendirian di tempat duduk.
Di tangannya ada beberapa borang, Husairy
kenalpasti ianya borang temuduga kerja
pramugari sebab ada logo syarikatnya.
Perlahan-lahan dihampiri gadis itu.
"Assalamualaikum."
Gadis itu tidak menjawab salam. Sekadar
mendongakkan kepalanya melihat orang
yang memberi salam.
Husairy terpana seketika apabila melihat
wajah si gadis. Ayu. Tidaklah seanggun
model atau selebriti, tetapi mencairkan
hatinya saat itu juga!
"Awak nak jadi pramugari eh?"
Si gadis hanya mengangguk perlahan.
"Tak payahlah jadi pramugari. Saya ada
cadangan yang lebih baik."
Si gadis mengerutkan keningnya. Lantas
bertanya, "Apa dia?"
"Ada suara rupanya. Ingatkan tak ada tadi."
Husairy mengusik.
"Nak mengurat plak dia! Apa cadangannya?"
Marah si gadis.
"Saya nak beri awak satu kerja sepenuh
masa, yang boleh terbang di langit biru
juga. Up sikit dari pramugari." Husairy
senyum.
"Ha?"
"Apa kata awak jadi isteri saya sepenuh
masa. Saya boleh reserved awak
penerbangan kelas pertama. Temankan saya
sebagai pilot terbang ke mana-mana.
Setuju?"
"Ha?!!!"
Si gadis terpinga-pinga sekejap. Merah
blushing mukanya.
"Awak ni main-main ke apa?!"
"No, saya Ahmad Husairy bin Abdul Rahim,
juruterbang syarikat (rahsia), serius
memberikan tawaran ini kepada awak.
Angguk sahaja jika awak setuju."
Si gadis menatap lama wajah jejaka di
hadapannya. Cukup sifat. Paras kacak.
Nampak macam baik je. Tengok dari
uniformnya memang ada gaya pilot.
Terangguk kecil dia sambil berfikir.
Husairy tersenyum. "Terima kasih kerana
mengangguk setuju. So, hujung minggu ni
saya datang melamar, merisik, meminang
awak di rumah ya. Borang biodata awak tu
semua, bak sini. Semua jadi milik saya.
Selamat bekerja dengan saya ya."
Lantas Husairy mengambil borang2 di
tangan si gadis dan berlalu pergi.
Malamnya, Husairy menghubungi keluarga si
gadis dan menyatakan hasrat.
Alhamdulillah, diterima baik.
Si gadis masih macam tak percaya. Semua
berlaku sekelip mata!
***
Akhirnya, kedua-duanya disatukan dalam
redha keluarga. Sederhana saja majlisnya
walaupun keluarga berada.
Nama si gadis tu Farah (bukan nama
sebenar). Husairy dan Farah hidup bahagia
bersama. Ya lah, pengantin baru semuanya
bahagia.
Husairy betul-betul adalah suami yang baik.
Punyai ciri-ciri yang wanita idam-idamkan.
Sentiasa membimbing. Apa yang Farah
perhatikan sangat ketara sekali adalah
hubungannya dengan bondanya.
Setiap kali nak keluar pergi kerja, Husairy
akan peluk cium ibunya dulu. Kemudian,
minta ampun banyak-banyak dengan ibunya
seolah-olah akan berpisah. Ayat yang
diulanginya selalu,
"Ummi, halalkan susu yang mengalir dalam
darah anakmu ini. Maafkan semua salah
silap selama ini. Bila ummi redha, hati
anakmu ini insya-Allah tenang."
Farah sebak bila melihat si ibu dan si anak
berpelukan keluar air mata. Walhal cuma
pergi kerja.
Farah anak tunggal dalam keluarganya.
Dialah yang sulung. Dialah yang bongsu.
Namun, dia tak pernah buat sebagaimana
suaminya.
Tahun yang pertama, Farah sentiasa ikut
suaminya fly. Bagus juga, boleh monitor
jaga suami. Tapi, suaminya memang bagus.
Tidak pula mempergunakan wajahnya untuk
mendapatkan perempuan-perempuan. Masa
kerja memang professional habis. Ada satu
kali, suaminya buat surprise dengan
meminta izin dari pihak pengurusan syarikat
supaya membenarkan isterinya jadi
pramugari untuk satu hari masa harijadi
Farah. Farah sangat terharu. Impiannya
untuk jadi pramugari dengan uniform
menutup aurat, akhirnya jadi kenyataan
walaupun hanya sehari.
Husairy seorang yang cukup tenang. Jika
tak tenang, tidak boleh mengendalikan
pesawat. Juruterbang harus tenang dalam
apa jua situasi.
Bila Farah mengandung, Husairy tidak lagi
membenarkan isterinya ikut fly bersama.
Bimbang effect pada kandungan.
Setelah 4 tahun berkahwin, mereka
dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Pada tahun kelima, akhirnya Farah
mengandung lagi. Pada bulan yang keenam
kandungan, mereka dapat tahu bayinya
adalah lelaki. Berita ini betul-betul
menggembirakan Husairy. Farah dapat lihat
kegembiraan jelas terpancar di wajah
suaminya. Berbeza dengan sebelum-
sebelum ini. Mungkin itu yang diharapkan
suaminya. Getus hati nurani Farah.
Tibalah waktu bersalin. Farah mengalami
komplikasi teruk.
Husairy terkejut bila doktor khabarkan
padanya sesuatu. Isterinya menghidap barah
pangkal rahim peringkat akhir.
Isterinya sudah pun tidak sedarkan diri.
Anak di dalam kandungan perlu
diselamatkan. Terpaksa juga melalui
pembedahan.
Namun, Allah lebih mengetahui yang
terbaik. Farah pergi setelah selesainya
pembedahan. Anaknya selamat. Pergi tanpa
pesan.
Husairy terkaku. Dunianya gelap. Namun,
digagahinya jua menguruskan jenazah
isterinya sendiri. Solat jenazah hinggalah ke
liang lahad, dialah yang uruskan. Ada imam
yang datang, namun ditahannya imam itu,
"Ustaz, biarlah saya jalankan tugas terakhir
saya sebagai suami. Saya imamnya dunia
dan akhirat. Dulu dia bersolat di belakang
saya. Sekarang dia di hadapan saya pula."
Hari demi hari berlalu penuh pilu di hati. 3
bulan syarikatnya memberikan cuti.
Bimbang pemanduannya terjejas di udara.
Selama bernikah dengan Farah, Farahlah
yang masak untuknya. Farah memang isteri
yang baik, rela sediakan lauk yang baru dari
hangatkan lauk semalam kepada suaminya.
Memang Farah cuba berikan yang terbaik
sebagai seorang isteri. Bila keluar bersama
pula, diraihnya tangan suami tak lepas-
lepas. Seakan sudah tahu hayatnya tidak
lama. Isterinya jarang sekali menangis.
Mungkin tidak mahu Husairy bimbang,
terjejas tugasnya. Nyawa orang lebih
penting dari nyawanya sendiri. Juga sebab
tidak mahu suaminya sedih dan supaya
suaminya gembira dapat anak lelaki, rela
dia sembunyikan sakit kritikalnya dari
pengetahuan suami. Akhirnya diri sendiri
terkorban, namun semuanya kerana Allah
Taala. Untuk membahagiakan suami.
Mungkin pada lelaki, isteri boleh berganti.
Namun, pada seorang isteri, bila sekali
diijabkabul, itulah satu-satunya suami
dunia sampai akhirat. Taat setia untuk yang
satu. Hati pada satu. "Engkaulah Yang
Satu."
***
Kini usia anak sulung Husairy dah 6 tahun.
Dah beberapa tahun isterinya pergi
meninggalkannya. Hidup Husairy hanya
untuk anak-anak, ibu ayahnya dan ibu ayah
mentuanya.
Masa lapangnya dihabiskan dengan
menziarahi mentuanya. Dijaga dan dikasihi
mereka dengan sepenuhnya. Bagai orang
tua sendiri. Walaupun isterinya telah tiada,
tidak bermakna keluarganya diabaikan
begitu sahaja. Tanpa mereka, orang yang
disayanginya tidak akan terlahir ke dunia.
Mentuanya yang sudah uzur kini adalah
tanggungjawab Husairy. Hingga mentuanya
merasakan Allah gantikan ketiadaan anak
mereka dengan adanya menantu yang betul-
betul bertindak sebagai anak kandung
sendiri.
Suatu petang, ibu mentuanya menyerahkan
sesuatu pada Husairy.
Diari milik isterinya.
Kata ibu mentuanya, inilah masa yang
sesuai amanah isterinya diserahkan pada
Husairy. Bila Husairy sudah reda dan
tenang. Bila pasrah sepenuhnya pemergian
isterinya. Teringat lagi kala isterinya baru2
meninggal dulu, dipandunya kereta dari
hujung ke hujung tanahairnya tanpa tujuan.
**
Dibeleknya helaian demi helaian diari Farah.
Tercatat kisah-kisah suka dukanya sedari
zaman belajar hinggalah ke zaman
bernikah.
Hinggalah ke helaian terakhir. Catatan 3
hari sebelum dia dimasukkan ke hospital.
Bait-baitnya ditatap cermat.
"Abg, Farah bersyukur Allah temukan dengan
suami seperti abg. Ramai lelaki yang
muncul dalam hidup ini, namun abg orang
yang betul-betul serius berani berhadapan
ayah ibu Farah. Itulah yang setiap wanita
harapkan, lelaki yang serius berani tampil
jadi pemimpin keluarga. Bukannya
mengayat dan mengurat, berjanji manis
tetapi hampa di akhirnya. Abg mengurat
Farah setelah nikah. Hee.
Abg, Imam Ibnu 'Ato'illah al-Iskandari
pernah menyebut, 'Ketika mana Allah
mengurniakan pada kamu suatu perkara,
bererti Allah memberi suatu kebaikan kepada
kamu. Kadang-kadang satu benda yang
Allah larang atau tegah terjadinya pada diri
kamu, itu menunjukkan kekuasaan Allah
kepada kamu. Semua perkara yang terjadi
merupakan suatu cara Allah
memperkenalkan diri-Nya kepada kamu. Itu
satu cara Allah nak tunjukkan lemah-
lembut-Nya kepada kamu.'
Allah beri abg pada Farah, supaya Farah
kenali Allah itu sangat baik. Tidak pernah
zalimi hamba-Nya. Tiada hamba yang tidak
diberi kebahagiaan. Allah beri masa Farah
bersama abg, jadi Farah makin kenali Allah
itu benarlah Maha Penyayang.
Farah minta pada Allah untuk bersama
selamanya dengan abg, tapi Allah tidak
izinkan. Apa yang Farah nak, tak dapat.
Jadi, di situ Farah kenali Allah lebih
berkuasa atas segalanya. Farah nak nikmat
sihat, tapi Allah lebih berkuasa tarik nikmat
itu, kerana hanya orang sakit menghargai
nikmat sihat.
Inilah lemah-lembut Allah. Pendidikan
lemah-lembut dari Allah untuk Farah dan
abg.
Bukankah kesedihan dan waktu derita itu
memperkenalkan Allah kepada abg dengan
lebih dekat?
Kepada siapa lagi hendak diadukan rasa
kecewa, rasa sedih, jika bukan pada Allah.
Di hadapan siapa lagi nak dialirkan,
dititiskan air mata jika bukan di hadapan
Allah?
Abg,
Terima kasih kerana jadi juruterbang cinta
hidup Farah. Abg bukan sahaja terbangkan
pesawat dan penumpang ke mana-mana
sahaja. Tapi abg juga terbangkan Farah dan
anak-anak menuju ke destinasi Syurga
dengan menjadi suami dan bapa yang
soleh.
Farah gembira menaiki 'pesawat' ini dengan
abg.
Terima kasih untuk segala-galanya. Lihat di
belakang diari ni, ada hadiah kecil untuk
abg."
Dibeleknya ke helaian belakang, ada
beberapa keping foto. Oh, gambar isterinya.
Tapi dilihat foto yang terakhir, "Eh, ini
bukan isteriku." Foto yang terakhir itu
adalah foto isterinya tengah dukung anak
sulungnya bersama seseorang yang iras
dengan wajah isterinya. Hampir-hampir dia
tak cam.
Di belakang foto itu tertulis,
"Ha, inilah hadiah untuk abg. Farah sendiri
pun tak percaya ada yang seiras Farah.
Farah ada ceritakan tentang abg padanya.
Please tengok dalam fon abg, ada namanya
(rahsia). Farah dah save. Selamat
berbahagia. Farah izinkan."
***
Malamnya, anak sulungnya berada di
sebelah ayahnya menonton tv. Husairy
melihat henfonnya. Diinstall whatsapp. Nak
tahu wujud atau tak orang tu. Terkejut.
Memang display picture di whatsapp adalah
wajah isterinya!
Ditunjukkan pada anaknya.
"Ni tengok ni, ummi kamu kan?"
Anaknya excited terus ambil henfon dari
tangan ayahnya. Cepat-cepat ditextnya,
"Ummi, Nisa (nama anak) rindu ummi!"
Gelabah Husairy, diambilnya balik henfon.
Seketika ada balasan.
"Anisa binti Ahmad Husairy?"
Anaknya menarik henfon Husairy,
dibalasnya,
"Ya, Nisa ni. Ummi baliklah cepat. Ayah pun
rindu ummi sangat-sangat."
Husairy lantas mengambil henfonnya,
dibalasnya sendiri,
"Maafkan saya. Anak saya ganggu puan."
"Puan? Saya masih cik."
Anaknya bercekak pinggang depan Husairy,
merampas kembali henfon. Ditextnya,
"Ummi, jumpa Nisa esok ya di sekolah. Nisa
tunggu!"
Husairy berdebar menanti balasan,
Mesej masuk.
"Baiklah. Tunggu 'ummi' ni datang ya
"
**Tamat**

Credit : Syabab Musafir Kasih


terima kasih kerana sudi baca :) datang lagi !

0 orang sedang memujiku:

Catat Ulasan

 
Tempelate Designed by Lettha|Copyright-2011|Protected